Siakap Keli

TERKINI: Tun M Umum Parti Baharu Dalam Masa Terdekat, Tetapi Nama Belum Ditetapkan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan satu parti baharu dalam masa terdekat.

Jelasnya, misi perjuangan parti tersebut adalah mahu menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan beberapa isu kontroversi sebelum ini.

“Mereka telah jadikan agama dan bangsa modal untuk dapatkan sokongan, sedangkan tindak-tanduk dan perbuatan mereka berlanggar dengan ajaran agama dan bertentangan dengan nilai bangsa.

“Kami juga mahu kembalikan kehormatan negara sebagai Harimau Asia,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, jelas Mahathir, parti baharu yang ditubuhkan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran, sama ada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, nama parti tersebut belum ditetapkan dan akan diumumkan satu masa nanti.

Sumber: Facebook Rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad, BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.