Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tiga Remaja Ditahan Ceroboh Kelab Persendirian Trump, Mar-a-Lago

WASHINGTON, 7 Ogos (Bernama) — Tiga remaja lelaki berusia 15 tahun di Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana menceroboh kawasan persendirian Presiden Donald Trump, lapor media tempatan pada Khamis.

Remaja berkenaan memanjat tembok kawasan Mar-a-Lago dengan membawa beg galas berisi refal dan ditahan pada Jumaat (31 Julai), lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap Polis Palm Beach Michael Ogrodnick.

“Mereka bernasib baik presiden dan ahli keluarganya tiada di pusat peranginan itu ketika kejadian jika tidak, ejen Perkhidmatan Rahsia sudah menembak mereka,” kata Ogrodnick.

Beliau berkata pegawai polis mengepung pusat peranginan itu dan helikopter serta anjing polis digunakan untuk membantu operasi mencari, kata Ogrodnick.

Remaja berkenaan didakwa menceroboh dan mencuri dengan bersenjata api, menurut CBS.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right