Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan dalam muatnaik terbaru menerusi laman Twitter mereka, berlakunya satu kemalangan di kilometer 222.9 arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.
Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, kelihatan sebuah treler melintang atas lebuhraya tersebut dan dilanggar oleh dua buah kenderaan yang dipercayai kereta jenis MPV dan sebuah pacuan empat roda.
LLm juga menyatakan trafik sesak sehingga 5 kilometer arah Selatan manakala arah Utara sesak di sekitar lokasi. Laluan arah Selatan hanya lorong kiri boleh dilalui manakala arah Utara hanya lorong kiri & tengah boleh dilalui.
Kemaskini terbaru kami terima, video kemalangan ini menunjukkan sebuah lagi kenderaan terlibat dan dilihat tersepit pada pembahagi jalan leburaya terbabit.
9.48pm PLUS@E2 : Kemalangan di Km222.9 arah Selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat. Trafik sesak 5km arah Selatan manakala arah Utara sesak sekitar lokasi. Laluan arah Selatan hanya lorong kiri boleh dilalui manakala arah Utara hanya lorong kiri & tengah. pic.twitter.com/1lWPJJP2wr
— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) August 7, 2020
Sumber: LLM Trafik