Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Tular Foto Dipercayai Detik Terakhir Anggota Bomba Cuba Masuk Kawasan Gudang Sebelum Letupan Di Beirut

Beberapa keping gambar yang dipercayai menunjukkan detik-detik terakhir tiga anggota bomba yang berani sebelum berlaku letupan di Beirut telah tular, lapor Mirror.

Menurut Mirror, beberapa saat kemudian, gudang terbakar yang ingin dimasuki oleh mereka tersebut telah musnah dalam letupan besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 147 orang dan 5000 lagi yang cedera.

Malah, individu yang mengambil gambar ini di telefon miliknya telah disahkan meninggal dunia, memetik laporan Mirror.

Gambar Via Mirror

Gelombang kejutan dari letupan itu sama dengan bom nuklear kecil yang menghancurkan kawasan sekitarnya.

Anggota-anggota bomba yang terlibat adalah Jo Noo, Methal Hawwa dan Najib Hati yang juga merupakan daripada unit tindak balas pantas.

Sembilan dilaporkan masih hilang termasuk Ellie Khuzami.

Gambar Via Mirror

Manakala, anggota pasukan yang dipanggil sebagai “Pengantin Beirut”, Sahar Faris, juga telah disahkan meninggal dunia. Beliau dilaporkan akan berkahwin pada Jun tahun depan.

Gambar Via Mirror

Gelombang kejutan dari letupan itu telah menghancurkan 300,000 rumah dan jalan-jalan dipenuhi dengan timbunan serpihan dan gelas kaca yang pecah.

Sumber: Mirror Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa