Siakap Keli
Gambar: Metro Uk/Daily Mail

‘Berjiran’ Dengan Lebuh Raya, Jambatan Dibina Antara ‘Rumah Tunggal’ Setelah Pemiliknya Enggan Berpindah

Pemaju di China memutuskan untuk membina jambatan lebuhraya di sekitar sebuah rumah kecil setelah pemiliknya dengan tegas menolak tawaran untuk menjualnya selama lebih dari satu dekad.

Rumah tersebut adalah contoh terbaru ‘rumah kuku’ China atau dipanggil “dingzihu” dalam bahasa Mandarin iaitu pemilik rumah menolak pembayaran untuk menyerahkan tanah mereka untuk dirobohkan.

Gambar: Daily Mail

Rakaman yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan sebuah rumah kecil yang ‘tersepit’ di antara dua lorong Jambatan Haizhuyong yang baru dibuka di Guangzhou.

Menurut stesyen Guangdong TV, harta tanah satu tingkat itu terdiri daripada sebuah flat seluas 40 meter persegi dan terletak di tengah-tengah empat lorong lalu lintas.

Gambar:diazhub.com

Pemiliknya mendakwa bahawa dia enggan menjual tanahnya kerana kerajaan tidak menawarkan rumah pengganti kepadanya di daerah yang sesuai.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah untuk menanggung segala akibat daripada tindakannya itu dan tidak peduli dengan apa yang difikirkan oleh orang lain.

‘Rumah kuku’ itu telah tular setelah rakaman dan gambarnya telah dimuatnaik ke dalam laman media sosial.

Gambar:ladbible.com

Pihak berkuasa di daerah Haizhu mengatakan bahawa rancangan itu telah diperuntukkan untuk perobohan pada tahun 2010, lapor Guangzhou Daily.

Kerajaan pula mengatakan bahawa telah menawarkan pelbagai flat serta skema pampasan tunai namun pemilik rumah itu menolak kesemuanya.

Sumber: Metro Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa