Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Gambar) Penjelajah Dedahkan Kesan Terkini Pemanasan Global Pada Dunia, Foto Tahun 1913 Sebagai ‘Rujukan’

Projek fotografi ‘sebelum dan selepas’ di pergunungan Patagonia yang menggunakan gambar yang diambil pada tahun 1913 dan setara dengan zaman moden mendedahkan kesan dramatik pemanasan global terhadap dunia. Gambar pada tahun 1913 itu dijadikan rujukan bagi membandingkan dengan keadaan terkini impak daripada pemanasan global.

Penjelajah, Cristian Donoso telah mendedikasikan 24 tahun hidupnya untuk mendedahkan mengenai kesan dramatik perubahan iklim pada alam.

Sebagai sebahagian projek 2018 yang dipanggil sebagai “Ice Postcards”, Donoso dan rakannya, Alfredo Pourailly, menjejak lokasi yang pertama kali dirakam oleh penjelajah, Alberto de Agostini pada awal abad ke-20 untuk menunjukkan bagaimana landskap telah berubah.

Gambar Via Daily Mail
Gambar Via Daily Mail

Misi peribadi untuk menarik perhatian kepada impak pemanasan global itu telah bermula bagi Donoso pada tahun 1996 ketika dia menjelajah melalui belantara pergunungan Patagonian.

Gambar Via Daily Mail
Gambar via Daily Mail

“Ketika anda berada dalam ekspedisi, anda mesti berhubung kuat dengan alam, buka deria anda sepenuhnya kerana kelangsungan hidup anda bergantung padanya,” katanya.

Gambar Via Daily Mail
Gambar Via Daily Mail

Mereka berdua berharap agar gambar yang dirakam mereka memberi inspirasi kepada orang-orang untuk menangani perubahan iklim dan memelihara satu-satunya planet yang ada untuk semua.

Gambar Via Daily Mail
Gambar Via Daily Mail

Imej dari satelit baru-baru ini juga telah mendedahkan timbunan ais di Kanada telah hilang kerana pemanasan global.

Manakala, awal tahun ini pula, Antartika mencatatkan suhu terpanas dengan stesen penyelidikan Argentina di benua beku itu mencatat suhu 18.3 darjah celcius.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa