Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Nahas Pesawat Terbelah Dua, Penumpang Terselamat Dedah Keadaan Cemas Dalam Pesawat Ketika Kejadian

Seorang lelaki yang terselamat dari nahas kapal terbang di India telah menggambarkan detik mengerikan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 orang mati.

Kedua-dua juruterbang juga dilaporkan terkorban selepas pesawat Air India Express yang terbang dari Dubai ke Calicut dengan 191 penumpang telah tergelincir di landasan dan terbelah dua.

Gambar Via Daily Mail

Terdapat 174 penumpang dewasa, 10 bayi, dua juruterbang dan empat kru kabin di dalam pesawat tersebut. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa empat kanak-kanak telah dikenalpasti antara 18 penumpang yang meninggal dunia.

Ditemubual melalui telefon, seorang tukang paip yang pertama kali pulang ke India dalam tempoh masa tiga tahun setelah kehilangan pekerjaannya di sebuah syarikat pembinaan di Dubai mengatakan bahawa pesawat itu bergoyang sebelum nahas dan semuanya menjadi gelap, lapor Daily Mail.

Gambar Via Daily Mail

Tambahnya, dia mengikuti penumpang lain yang merangkak keluar dari pesawat melalui pintu kecemasan.

“Ramai penumpang mengalami pendarahan. Saya masih tidak dapat memahami apa yang berlaku.

“Ketika mengingat kembali apa yang berlaku, badan saya menggigil,” katanya.

Gambar Via Daily Mail

Dia mengatakan juruterbang membuat pengumuman secara berkala sebelum mendarat dan beberapa saat setelah pesawat menghentam landasan, ia terus menjunam.

“Terdapat bunyi yang sangat bising semasa hentaman tersebut dan orang ramai mula menjerit,” katanya.

Gambar Via Daily Mail

Menteri Penerbangan Awam, Hardeep S.Puri, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pesawat itu melintasi landasan dalam keadaan hujan dan menyebabkannya tergelincir dan terbelah dua.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa