Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Bernama

TERKINI: Dua Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini Iaitu Kluster Kurau Dan Kluster Meranti

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan hari memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu dilaporkan pada hari ini iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti.

Menurut kenyataan tersebut, dua kes positif telah dikesan dalam Kluster Kurau.

Kes pertama kluster ini  (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif.

Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 106 negatif; dan
  • Sembilan (9) masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

Manakala, Kluster Meranti pula mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif Covid-19 pada 8 Ogos 2020.

Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

Sumber: Kp Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa