Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tular Video Premis Judi: Polis Akan Ambil Tindakan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan agar tindakan segera bagi membanteras kegiatan mesin judi, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh, Selangor akan diambil.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beliau susulan tindakan seorang individu dipercayai peniaga burger di kawasan tersebut yang mendedahkan kegiatan berkenaan menerusi satu video yang telah tular semalam.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” ujarnya.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa