Siakap Keli

(Video) Hampir 900 Ribu Tontonan, Gelagat Kucing Main Piano Untuk Minta Makanan Tarik Perhatian Ramai

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat jinak serta manja dan ada sesetengah daripadanya mempunyai perangai yang tersendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @IAmKateNyx ini, kucingnya yang bernama Winslow mempunyai perangai unik yang tersendiri.

Video yang dirakamnya itu memaparkan kucingnya sedang merayu meminta tuannya untuk memberikannya makan.

Kucing tersebut dilihat agak cerdik apabila ianya akan membunyikan piano kecil itu untuk meminta makan daripada tuannya.

Dalam video tersebut, kucingnya seolah-olah menyatakan bahawa ia sedang lapar dan ‘berbalah’ dengan tuannya supaya tuannya itu memberikannya makan walaupun belum masuk waktu makan lagi.

Video yang berdurasi selama 26 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton hampir sejuta kali oleh warganet.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa