Siakap Keli

Kambing Di India Dilahirkan Tanpa Hidung, Kedua-dua Biji Mata Dalam Mulut

Seekor anak kambing baru lahir di Bihar, India menarik perhatian warga tempatan apabila kelahirannya disifatkan aneh dengan keadaan tiada hidung dan mata yang berada didalam mulut.

Menurut laporan media, ‘keunikan’ anak kambing yang diberi nama Kid dipercayai merupakan seperti suatu keajaiban dan penduduk setempat mula mahu memujanya.

Pemiliknya memberitahu, “Ramai orang berkumpul di rumah saya dan ingin memujanya. Kami terpaksa menghalang kerana Kid masih kecil.”

“Orang kampung ingin ia satu keajaiban Dewa dan mereka percaya Kid harus dipuja.”

Secara saintifiknya, keadaan anak kambing ini dikenali sebagai Cyclopia, iaitu keadaan kedua-dua hemisferanya gagal dipisahkan semasa berada dalam kandungan ibu.

Keadaan itu telah menyebabkan pembentukan mata satu (tunggal) atau kecacatan pada wajah.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.