Siakap Keli

Adik Nor Iman Hidap Lebih Tiga Penyakit Kronik Perlukan Bantuan

Adik Nor Iman, 11 tahun telah disahkan menghidapi beberapa penyakit kronik seperti Hydrocephalus, asma, sawan, tulang pinggul keluar dan Cerebral Palsy.

Salah satu badan NGO berdaftar melalui Facebook mereka,  Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS) telah menjalankan beberapa misi bantuan demi menampung kos rawatan dan kelangsungan hidup adik Nor Iman.

KELSS dalam satu posting di Facebook menyatakan pecahan kos yang ditanggung seperti dibawah serta sasaran dana yang diperlukan untuk membantu kanak-kanak ini.

Kutipan ini bagi meringankan kos keperluan khasnya yang mencecah RM1,000 sebulan, hasil kutipan akan diagihkan dalam bentuk seperti berikut selepas tabung mencecah sasaran dan selesai proses pembelian:

1) 6 bulan bekalan susu khas ‘Pediasure 1.8kg’
RM181.40 x 24 tin = RM4,358.40

2) 6 bulan bekalan lampin ‘Drypers Wee Wee Dry XXL’
RM33 x 18 pek = RM594

3) Bantuan kewangan untuk rawatan susulan dan alatan
RM1,000

Jumlah Sasaran: RM5,952

Setakat semalam, KELSS, telah mengemaskini jumlah dana yang diperoleh iaitu sebanyak RM2,023 dah masih memerlukan lagi RM3,929.

Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 017-9404640.

Sumbangan membantu adik Nor Iman boleh disalurkan ke akaun rasmi pihak KELSS seperti persetujuan kedua ibubapanya di bawah.

CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS

Nur Farra