Siakap Keli
Kredit: Google

Jumlah Saringan COVID-19 Malaysia Setanding Dengan Korea Selatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jika kadar positif COVID-19 meningkat 10 atau 15 peratus daripada jumlah keseluruhan ujian, bermakna lebih banyak lagi kes komuniti yang belum disaring atau belum diuji.

Kenyataan ini dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika menjawab dakwaan sebahagian pihak yang mendakwa Malaysia menjalankan lebih sedikit ujian berbanding negara lain.

Jelasnya, Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjalankan ujian COVID-19 sebanyak 38,636 sehari. Beliau turut membandingkan kadar ujian COVID-19 antara negara berdasarkan laporan Our World In Data terbitan Universiti Oxford.

“Kalau kita lihat data tersebut, nombor ujian per 1,000 populasi, Malaysia melakukan 31.29 ujian dari 1,000 populasi dan kadar positif 0.9 peratus manakala Korea Selatan 31.1 ujian per 1,000 populasi dan kadar positif 0.9 peratus.

“Jadi negara kita boleh dibandingkan dengan negara Korea dari segi pencapaian bilangan ujian,” katanya.

Beliau turut membandingkan beberapa negara lain termasuk Thailand dan Singapura yang masing-masing menjalankan 5.49 dan 111.22 ujian dari 1,000 populasi. Dari jumlah itu, Thailand mempunyai kadar positif 0.90 peratus manakala Singapura mencatatkan 8.10 peratus.

“Negara yang terbaik ialah New Zealand 100.98 ujian per 1,000 populasi dan kadar positif hanya 0.30 peratus.

“Amerika Syarikat menjalankan banyak ujian dengan 180.22 per 1,000 populasi dan kadar positif 8.1 peratus.

Mengikut kenyataan WHO, jika kadar positif COVID-19 meningkat 10 atau 15 peratus, bermakna lebih banyak lagi kes komuniti yang belum disaring atau belum diuji.

“Jadi kalau kita punya kumulatif kadar positif kita ialah 0.90 peratus, jadi memadai ujian yang kita jalankan setakat ini,” katanya.

Sekiranya kadar kita melebihi 10 atau 15 peratus, kita perlu menjalankan lebih banyak ujian yang belum dikesan dalam komuniti, ujarnya.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, August 10, 2020

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.