Siakap Keli

“Saya Bersalah Dan Minta Maaf, Saya Pun Dah Dikompaun Dan Telah Bayar Denda” – Hishammuddin

Menteri Luar, Datuk Hishamumuddin Tun Hussien hari ini memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau telah membayar kompaun sebanyak RM250 diatas tindakan menghisap vape ketika persidangan Parlimen minggu lalu.

Melalui sidang sesi pagi hari ini, beliau berdiri dan mengakui kesalahan ketika isu tersebut dibangkitkan MP Kluang, Wong Shu Qi.

“Saya dah nyatakan yang mana salah tetap salah, saya mengaku bahawa saya bersalah dan saya minta maaf. Yang mana cakap pasal denda, saya pun telah dikompaun dan telah bayar pun,” tegasnya.  (Rujuk pada minit ke 1:42:35)

Bermula Januari lalu, kerajaan telah memaklumkan bahawa individu yang didapati bersalah kerana merokok di kawasan terlarang akan dikenakan kompaun RM250.

🔴 LIVE Sidang Parlimen | 10 Ogos 2020

Siaran langsung Sidang Parlimen ke-14.Isnin, 10 Ogos 2020#SidangParlimen #YBTMHEA

Posted by Ustaz Marzuk Shaary on Sunday, August 9, 2020

Sumber: Sidang Parlimen via Ustaz Marzuk Shaary

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.