Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 11 Kes Baharu Dilaporkan Termasuk 3 Kes Dari Kluster Kurau Di Perak

PUTRAJAYA, 10 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 9,094 kes.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima (5) kes adalah kes import yang kesemuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Manakala enam (6) kes daripadanya melibatkan kes penularan jangkitan tempatan termasuk tiga (3) kes daripada Kluster Kurau di Perak.

Sementara itu, 19 kes dilaporkan pulih, menjadikan angka kumulatif kes sembuh dan dibenarkan discaj meningkat 8,803 kes bersamaan 96.8 peratus.

Tiada kematian dicatatkan, angka kekal 125 kes hingga hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.