Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Penularan Kluster Kurau, Sivagangga Sebahagian Besar Dipercayai Disebabkan Aktiviti Kunjung-Mengunjung Ketika Perayaan

Putrajaya, 10 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi kes positif baru dari kluster Kurau.

Menurutnya, kes tersebut dikenalpasti melalui saringan kontak rapat pesakit pertama kluster berkenaan.

“Ketiga-tiga kes positif ini telah dikenalpasti hasil pengesanan kes aktif secara saringan kontak rapat kes positif kluster ini.

“Kluster ini melibatkan negeri Perak dan Pulau Pinang melibatkan kes pertama kluster ini iaitu ahli keluarga kes ke-9050 adik, biras dan anak saudara beliau berumur 2 tahun

“Kes pertama mempunyai kontak rapat dengan kes baru ketika kunjung mengunjung ketika sambutan Aidil Adha pada 30 Julai 2020,” katanya.

Menurut beliau, anak saudara kes ke-9050 iaitu kes ke-9093 didapati mempunyai gejala demam dan selesema sejak 30 Julai 2020 manakala adik dan biras kes ke-9050 tidak mempunyai sebarang gejala.

Kesemua kes ini dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun Perak. Seramai 125 individu telah disaring setakat ini di mana 5 daripadanya dikesan positif, 112 negatif dan lapan kes masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Jelas Dr Noor Hisham, kluster Kurau dan Sivagangga didapati mencatat pertambahan COVID-19 sejak kebelakangan ini terutama selepas musim perayaan.

“Siasatan yang dijalankan melalui pengesanan kes aktif dan saringan kontak rapat kes mendapati penularan kedua-dua kluster ini sebahagian besar disebabkan aktiviti kunjung-mengunjung semasa musim perayaan.

“Kebanyakan kes positif kedua-dua kluster ini terdiri daripada ahli keluarga, golongan warga emas dan kanak-kanak juga terdiri daripada kluster ini,” ujar Dr Noor Hisham.

Jelasnya, antara individu yang terkesan dalam kluster ini merupakan lingkungan umur 2 tahun hingga 70 tahun.

“Aktiviti kunjung mengunjung walau dibenarkan masih tertakluk kepada SOP.

“Individu yang tidak sihat dan bergejala tidak sepatutnya menghadiri sebarang perayaan,” pesan beliau menegaskan pematuhan SOP dalam kalangan orang ramai.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.