Siakap Keli

“Kucing Dilapah Di Kepala Untuk Ambil Tengkorak Dan Otak, Perut Ditebuk” – Persatuan Haiwan Malaysia

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Demikian perkataan yang boleh menggambarkan tindakan pelaku yang tergamak menyiksa kucing peliharaan seorang individu sehingga mati.

Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia, bangkai kucing tersebut ditemui oleh pemiliknya dalam keadaan mengerikan di mana kepala haiwan itu dilapah serta otak dan tengkoraknya diambil.

Tidak cukup dengan itu, perut haiwan tersebut pula ditebuk sehingga usus terkeluar manakala organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang hilang tanpa dikesan.

Lebih mengejutkan, tiada sebarang titisan darah ditemui di sekitar bangkai kucing sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai motif sebenar kejadian.

KUCING BERPEMILIK DITEMUI MATI DILAPAH UNTUK DARAH, OTAK DAN ORGAN DI PUCHONG SELANGOR

Belom pon reda dengan kes langgar mati kucing secara kejam. Hari ini satu kes diterima Animal Malaysia. Kucing dilaph di bahagian kepala untuk ambil bahagian tengkorak dan otak manakala hidung, telinga dan kulit muka masih sempurna.

Di bahagian badan pula. Satu tebukan di perut ditemui dengan usus terkeluar manakala organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang hilang tanpa dikesan. Darah juga tidak ditemui disekitar bangkai kucing. Disyaki darah kucing telah diambil terlebih dahulu.

Sumber: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra