Sejak kebelakangan ini tular kononnya cara pemakaian pelitup muka yang betul untuk mencegah daripada sakit. Melalui mesej yang tersebar itu, orang ramai disaran memakai pelitup muka dengan cara berlawananan (warna putih di luar dan biru di dalam) bagi mencegah penyakit.
Namun, sejauh manakah kebenarannya?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi mereka menjelaskan mengenai pemakaian pelitup muka yang betul.
Perkongsian berikut adalah tidak tepat.
Samada anda sakit ataupun tidak, cara pemakaian yang betul adalah putih di dalam, biru di luar.
Jadikan media sosial rasmi KKM sebagai sumber rujukan.
Selain Facebook, KKM juga turut mempunyai akaun media sosial lain:
1. Twitter – KKMPutrajaya
2. Instagram – Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkongsian berikut adalah tidak tepat. Samada anda sakit ataupun tidak, cara pemakaian yang betul adalah putih di…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, August 10, 2020
Sumber: KKM