Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Kes Baru Kembali Kepada 1 Digit, Hanya 9 Kes Hari Ini

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya sembilan (9) kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah kes baharu yang kembali ke satu (1) angka itu menjadikan keseluruhan kes kini adalah sebanyak 9,103 kes.

Daripada sembilan (9) kes tersebut,  lima (5) adalah kes import dan empat (4) lagi merupakan penularan tempatan.

Dilaporkan tiga (3) kes daripada kes tempatan adalah daripada Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, kesemuanya melibatkan bukan warganegara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatat sebanyak 169 kes, bersamaan 1.86 peratus.

Sementara itu, hanya enam (6) kes sembuh dilaporkan, menjadikan angka kumulatif kes sembuh terkini meningkat ke 8,809 kes bersamaan 96.77 peratus.

Dalam pada itu, tiada kematian terbaharu, angka kekal 125 kes.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.