Siakap Keli

Tiada Kes Baharu Dikesan Dari Kluster Sivangangga & Kluster Kurau Hari Ini

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Kluster Sivagangga di Kedah dan Kluster Kurau di Perak mencatatkan sifar kes bagi kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 5,645 orang dalam Kluster Sivagangga telah menjalani saringan setakat hari ini.

Hasil saringan mendapati tiada kes baharu dilaporkan dan jumlah kes positif kekal 45 kes.

“Daripada 4,154 kes disaring di Kedah, 31 kes dikesan positif COVID-19, 4,112 individu disahkan negatif manakala 11 lagi masih menunggu keputusan.

“Manakala di Perlis, 1,223 kes telah disaring, 11 kes daripadanya positif, 681 negatif serta 531 kes masih menunggu keputusan.

“Dan daripada 268 kes yang disaring di Pulau Pinang, tiga (3) kes disahkan positif, 243 kes lagi negatif dan 22 masih menunggu keputusan,”
katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, bagi Kluster Kurau di Perak, 180 orang telah disaring setakat hari ini dan tiada sebarang kes positif baharu dilaporkan, jumlah masih kekal lima (5) kes.

“Daripada 180 kes tersebut, 123 daripadanya adalah negatif manakala 52 lagi masih menunggu keputusan.

“(Bagaimanapun) pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluter ini. Situasi terkini juga akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” tambah kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, hanya sembilan (9) kes baharu dilaporkan hari ini, selain enam (6) kes sembuh dan tiada kematian dilaporkan.

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.