Volgograd, Rusia, 10 Ogos – Satu kejadian letupan dilaporkan berlaku di sebuah stesen pengisian gas di sini hari ini.
Menurut agensi media Azerbaijan, seramai 13 individu dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.
Letupan dipercayai bermula apabila sebuah tangki membawa gas terbakar di stesen pengisian di daerah Traktorozavodsky, lapor media tersebut memetik kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia.
Api kemudiannya dapat dikawal dan mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
Tiada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran tangki setakat ini.
Sebelum ini pada 2013, seramai 14 orang dilaporkan maut dalam letupan melibatkan sebuah bas di bandar sama. Kejadian itu dilaporkan merupakan kejadian kedua berlaku dalam tempoh 24 jam selepas seorang pengebom berani mati menyerang stesen kereta api utama bandar berkenaan yang menyebabkan 17 kematian.
Tank with gas exploded in Volgograd, 4 firefighters injured https://t.co/CWs8JMdAus #Russia pic.twitter.com/Z3F2cfDb5p
— Liveuamap (@Liveuamap) August 10, 2020
Volgograd, Russia: Number of injured increases to 7, one critical pic.twitter.com/EzO0biW5Dv
— Liveuamap (@Liveuamap) August 10, 2020
Volgograd gas station blast toll increases: 13 injured pic.twitter.com/qm2AaE5ygA
— Liveuamap (@Liveuamap) August 10, 2020
Sumber: Liveuamap, APA, Business Insider