Siakap Keli
taufan china
Kredit: Twitter

(Video) Detik-Detik ‘Ganas’ Puting Beliung Hentam Wilayah Di China

Sekurang-kurangnya 33 individu dilaporkan cedera selepas puting beliung membadai wilayah autonomi China, Inner Mongolia pada tengah hari Ahad.

Menurut laporan Xinhua, mangsa yang cedera merupakan pelancong dan pekerja di tapak pelancongan Swan Lake sekitar 3.30 petang waktu tempatan.

Sebanyak 100 yurt, yakni sejenis binaan khemah yang kukuh dilaporkan musnah dalam kejadian tersebut. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Rakaman detik kejadian yang tular di Internet menunjukkan kemunculan awan gelap di kawasan tersebut. Fenomena itu diiringi angin kuat yang merosakkan binaan.

Turut tular adalah rakaman ribut taufan Mekkhala yang melanda beberapa wilayah yang lain yang dimuat naik di media sosial beberapa jam yang lepas.

Sumber: Xinhua Net

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.