Siakap Keli
anak dadah rogol ibu
Kredit: Google

Anak Tak Kenang Budi, Tergamak Cuba Perkosa & Tembak Ibu Sendiri

Seorang warga emas berusia 52 tahun nyaris menjadi mangsa rogol anak lelakinya sendiri di Kecamatan Talang Ubi, Sumatera Selatan.

Dalam kejadian itu, suspek yang berusia 34 tahun dipercayai berada bawah pengaruh dadah dilapor mengugut untuk memperkosa dan mengacukan pistol terhadap ibunya.

Menurut Ketua Polis Kabupaten Penukal Abab Lematang Ilir, Yudhi Suharyadi, suspek sempat menembak mangsa namun tersasar.

“Dia ingin memperkosa ibu kandungnya sendiri, dipercayai kerana dipengaruhi dadah. Malah ketika mangsa lari, pelaku sempat menembak tapi tersasar,” katanya.

Lapor Kompas.com, mangsa yang sempat melarikan diri melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Susulan itu, sepasukan polis telah menyerbu rumah mangsa dan menahan suspek.

“Pelaku kita ‘lumpuhkan’ dengan tembakan di kaki kerana cuba melawan,” kata Yudhi. Polis juga dilaporkan berjaya merampas barang bukti berupa sepucuk pistol milik suspek.

Menurut suspek, senjata itu dibeli dari rakannya dengan harga Rp 400,000, bersamaan sekitar RM113.70 kononnya untuk perlindungan diri.

Suspek kini disiasat di bawah tuduhan memiliki senjata api serta cubaan pemerkosaan. Jika sabit kesalahan, suspek bakal berhadapan penjara lebih 10 tahun, lapor Kompas.com.

Sumber: Kompas.com

Amira

Love yourself.