Siakap Keli

Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Isu Video Tular ‘Tak Jaga Solat’

“Saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya…” inilah ungkapan maaf dari pemilik peniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih mesra dengan Asri Janggut menerusi satu kenyataan menerusi Facebook Hot Burger Malaysia selepas satu video mula tular di Facebook lewat malam semalam.

Menurut Asri, beliau kesal dengan kata-katanya itu yang dikatakan menyentuh hal solat seseorang. Beliau juga akui kelemahan dan keterlanjuran kata, mengakui dengan kesalahan tersebut dan memohon sejuta maaf kepada orang ramai.

Video itu mula tular sejak lewat malam semalam selepas Asri Janggut mendakwa bahawa kebanyakan anggota polis dan tentera  tidak jaga solat sehingga menimbulkan kemarahan netizen. Dakwaan itu dibuat ketika satu sidang media bersama ahli majlis tertinggi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam.

 

Sumber: Hot Burger Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang