Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Ketua Balai, Anggota Polis Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM6,000

Kuala Lumpur: Dua anggota polis termasuk seorang ketua balai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000 berhubung kes Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka, semalam.

Menurut sumber SPRM, rasuah itu dipercayai bagi mengelakkan tindakan saman ke atas seorang pemilik perniagaan kerana melanggar PKP.

Mereka yang berusia 57 dan 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah balai polis dan wang RM6,000 itu turut ditemui, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu lagi kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.