Bercerita mengenai kucing, pastinya keletah haiwan comel itu akan sentiasa bermain di minda setiap orang.
Namun, tahukah anda bahawa kucing juga sebenarnya boleh menjadi ‘mabuk’ dan hiperaktif jika memakan sejenis pokok yang dikenali sebagai catnip atau Nepeta Cataria.
Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh Ahli Kimia, Dr Che Putih, beliau berkongsikan mengenai ‘catnip’. Ternyata, ia bukan sahaja berfungsi untuk kucing malahan juga digunakan untuk menghalau nyamuk.
Ikuti bebenang di bawah ini!
Kucing yang makan catnip (Nepeta cataria) akan mengalami halusinasi dan berkelakuan seperti mabuk dan hiperaktif. Kesannya hanya sementara dan kucing menyukainya! Menariknya ia hanya mempengaruhi kucing yang sudah akil baligh.
Imej dari Wikimedia Commons pic.twitter.com/n3bQzPXyiL
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) August 8, 2020
Selain mengkhayalkan kucing, catnip mempunyai satu kegunaan yang penting, iaitu menghalau nyamuk!
Kajian pada tahun 2019 menunjukkan essential oilcatnip dan bahan aktifnya pada kepekatan 1 % berkesan menghalau nyamuk nyamuk Aedes sama seperti penghalau serangga komersil DEET
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) August 8, 2020
Untuk senarai rujukan dan artikel penuh #drcheputeh https://t.co/JMTBGQFH8Y
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) August 8, 2020
Sumber: Dr Che Puteh