Siakap Keli

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya Benarkan Jemaah Wanita & Kanak-Kanak 15 Tahun Ke Bawah Hadir ke Masjid

Sebelum ini, solat Jumaat dan fardhu lima waktu secara berjemaah di semua masjid dibenarkan bermula pada 12 Jun yang lalu. Namun, bagi jemaah muslimat (wanita) masih tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana masjid bagi membendung gejala wabak Covid-19.

Terkini, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor, telah membenarkan jemaah muslimat dan kanak-kanak berusia bawah 15 tahun untuk menunaikan solat jemaah lima waktu di masjid berkenaan.

Bukan itu sahaja, dalam kenyataan tersebut memberitahu golongan ini dibenarkan untuk menghadiri program pengimarahan di masjid dan surau yang lain berkuatkuasa mulai 3 Ogos 2020.

“Tidak menjadi halangan bagi Pentadbir Masjid dan Surau untuk membenarkan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk hadir Solat Fardhu berjemaah dan mematuhi SOP dan turut diawasi oleh penjaga,” menurut kenyataan tersebut.

 

Sumber: Masjid Raja haji Fi Sabillillah

 

Sumber:

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.