LUMUT, 12 Ogos – Satu mayat dipercayai seorang lelaki ditemui terapung di sekitar 10.1 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Perak tengah hari semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, mayat tersebut dijumpai ketika KM Malawali menjalankan rondaan OP Benteng di sekitar perairan Sektor 4 Maritim Negeri Perak pada masa itu.
“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis Bagan Datoh.
“Pemeriksaan awal pada tubuh si mati mendapati tiada unsur yang disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737.

𝗢𝗣 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗘𝗡𝗚: 𝗠𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗝𝗔𝗥𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧 , 𝟭𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 – Mayat dipercayai seorang lelaki ditemui terapung…
Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Wednesday, August 12, 2020