Seorang wanita berusia 25 tahun di Desa Pagar Besi, Indonesia tergamak membunuh suaminya sendiri hanya kerana suaminya itu tidak pernah memberikan nafkah kepadanya, lapor Suara.com
Pada awalnya, pihak polis mengesyaki bahawa mangsa meninggal dunia kerana bunuh diri. Namun setelah disiasat, polis mendapati bahawa mangsa telah dibunuh oleh isterinya sendiri.
Suspek dilaporkan telah mengakui bahawa motifnya membunuh mangsa adalah kerana mangsa tidak pernah memberikan nafkah dari segi ekonomi kepadanya.
“Pada awalnya mangsa dipercayai membunuh diri di sebuah pondok kebun di Desa Rajak Besi pada 7 Ogos lalu,” kata Ketua Polis Bengkulu Tengah, Senior Asisten Komisioner Polis Andjas Adi Permana.
Setelah mayat mangsa diperiksa, anggota polis telah menemui kesan luka di dahi dan bahagian belakang kepala mangsa, disebabkan itu polis telah meminta supaya bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa.
Menurutnya, setelah melakukan bedah siasat di Rumah Sakit Bhayangkara Polda Bengkulu, polis telah mendapati bahawa mangsa meninggal dunia akibat kekerasan dan sesak nafas.
Pasukan penyiasat kemudiannya segera melakukan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian. Pun begitu, mereka tidak menemukan apa-apa tanda yang membuktikan bahawa kes tersebut adalah kes bunuh diri.
“Kain yang dijumpai diikat secara simpul, mustahil mangsa telah membunuh diri, tempat dia dikatakan menggantungkan dirinya juga tidak ditemui,” ujarnya.
Akhirnya, suspek telah mengaku bahawa dia telah menganiaya dan membunuh suaminya sendiri.
Suspek juga turut mengakui bahawa mangsa telah dipukul di bahagian kepala sebanyak dua kali sebelum jatuh pengsan.
Sejurus selepas itu, suspek terus mengikat mangsa menggunakan kain dan kemudiannya mencekik mangsa sehingga mati.
Abdu berkata, motif suspek membunuh suaminya itu adalah kerana faktor masalah kewangan. Suspek mendakwa bahawa mangsa tidak pernah memberikan wang kepadanya.
Saya silap sehingga saya sanggup membunuh suami saya seperti itu. Suami saya tidak jujur, sering berbohong, tidak memberi wang. Saya mengakui bahawa saya salah kerana saya membunuh dan saya bersedia menerima apa sahaja hukumannya, ” ujar suspek.
Suspek telah berjaya ditahan pihak polis. Jika terbukti bersalah, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun, penjara semur hidup serta boleh juga dijatuhkan hukuman mati.
Sumber: suara.com