Siakap Keli

Perpustakaan Ini ‘Lantik’ 7 Ekor Kucing Untuk Jadi Peneman Pengunjung Yang Kesepian

Sebuah perpustakaan di Tianjin, China ‘melantik’ 7 ekor kucing sebagai ‘kurator’ ataupun ‘peneman’ kepada pengunjung-pengunjung yang kesepian.

Menurut AsiaOne, kucing-kucing pelbagai baka itu akan memulakan tugas secara rasmi bermula 24 Ogos ini susulan pembukaan semula perpustakaan berkenaan.

Antara kucing-kucing yang dilantik adalah dari baka Ragdoll, Exotic Short-Hair dan Chinchilla dengan usia purata 1 tahun.

Perputakaan itu yang terletak di Menara Tianjin menarika perhatian ramai apabila berada pada ketinggian 257 meter dan mula dibuka pada Januari lepas bagaimanapun operasinya terpaksa ditutup tidak lama kemudian akibat pandemik COVUD-19.

Ia menempatkan ribuan buku pelbagai judul dan menjadi pilihan penduduk setempat kerana membenarkan pinjaman secara percuma.

Sumber: AsiaOne

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.