Siakap Keli
Gambar: Animal Malaysia

Viral Kucing Dibiar Dalam Sangkar Diluar Rumah, Dipercayai Ketika Hujan Lebat

Membela haiwan peliharaan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya dalam menjaga kebajikan haiwan tersebut.

Ia bukan semata-mata membela dalam sangkar, beri makan minum, mandi dan sebagainya, malah lebih daripada itu.

Pemilik haiwan yang betul-betul bertanggungjawab adalah mereka yang sedia maklum dan faham keadaan sekeliling yang mempengaruhi keselesaan haiwan tersebut.

Namun, seperti rakaman video yang dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association (Animal Malaysia) ini, tindakan pemilik kucing tersebut agak mengundang kecaman warganet.

Seekor kucing yang sinonim dengan nama ‘Oyen’ kelihatan terkurung dalam sebuah sangkar di belakang rumah, namun perkara lebih menyedihkan adalah ketika situasi ini dirakam, hujan sedang turun dan seakan membasahi ruang sangkarnya.

Bukan semua kucing bertuan memiliki kebahagiaan. Jika dapat tuan yang tidak berperasaan. Kucing peliharaan bakal melalui kesengsaraan.

Jika kucing jalanan dapat melarikan diri tatkala ribut melanda. Kucing peiharaan berasangkar di luar rumah tiada pilihan. Hujan dan panas harus dihadap tanpa kepedulian.

Pemilik yang memelihara kucing secara bersangkar dan diletakkan di luar kediaman perlu meneliti risiko tempias hujan dan terikan panas matahari apabila meletakkan sangkar mereka.

Insiden ini dikenal pasti berlaku di sebuah taman di Ayer Molek Melaka. Kes ini kini dalam Pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka. DVS memiliki Peraturan Penambahbaikan terhadap pemelihara haiwan peliharaan.

Menurut pengadu. Keadaan ini bukanlah pertama kali. Ia telah kerap berulang-ulang dan pemilik tetap dengan kedegilannya membiarkan kucing peliharaannya di lur rumah seperti ini.

Jika keadaan kucing peliharaan ini masih berterusan terabai walau selepas menerima Notis Penambahbaikan. Akta Kebajikan Haiwan 2015 wajar dikuatkuasakan demi mendidik pemilik yang tidak peka terhadap kebajikan kucing peliharaannya.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'