Siakap Keli
Gambar: MKN Sabah

400 Pendatang Tanpa Izin Filipina Diusir Hari Ini – MKN Sabah

SANDAKAN, 12 Ogos — Seramai 400 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal mereka dengan menaiki kapal melalui Pelabuhan Sandakan di sini ke Zamboanga hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata pengusiran melalui laut itu merupakan siri yang ke-23 tahun ini, termasuk melibatkan pendatang Indonesia.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran pendatang sepanjang tahun ini seramai 5,645 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, Sharifah Sitti Saleha berkata semua tahanan dipastikan berada dalam keadan sihat untuk perjalanan  sebelum diusir.

Katanya, tahanan yang didapati sakit akan menjalani rawatan sewajarnya terlebih dahulu.

“Semua tahanan juga menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.