Siakap Keli
Kredit: Google

Bau Kurang Menyenangkan Bawa Kepada Penemuan Mayat

KLUANG, 12 Ogos (Bernama) — Misteri bau yang kurang menyenangkan sekitar sebuah unit kediaman di Blok M, Jalan Haji Manan, di sini, akhirnya terbongkar apabila mayat seorang lelaki ditemui di dalam kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk yang berjiran dengan rumah itu pada pukul 8.30 malam tadi, sebelum menghantar anggota untuk menyiasat.

Beliau berkata anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang diminta membantu bagi membuka pintu rumah bagi membolehkan siasatan dilakukan, dan sebaik sahaja pintu berjaya dibuka, satu mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terlentang di bilik tidur rumah itu.

Siasatan mendapati lelaki dikenali sebagai Chan Kheng Huat, 58, yang tinggal bersendirian di unit kediaman itu, dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses dokumentasi serta bedah siasat, dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut dan usaha untuk mengesan ahli keluarga mangsa sedang dipergiat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.