Siakap Keli
pelajar lembah pantai COVID-19
Kredit: Bernama

Kes Tular Pelajar Lembah Pantai, Ujian COVID-19 Sahkannya Negatif – KKM

Putrajaya, 13 Ogos- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pelajar yang disyaki positif COVID-19 di salah sebuah sekolah menengah di Lembah Pantai adalah negatif koronavirus berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ujian sebanyak dua kali ke atas pelajar berkenaan termasuk kontak rapat dengannya didapati negatif COVID-19.

“KKM ingin memaklumkan bahawa ujian dua kali ke atas pelajar dalam tempoh 24 jam mendapati negatif COVID-19.

“Kesemua ujian COVID-19 mengesahkan 54 individu yang disaring dan diuji adalah negatif,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kesemua kontak rapat terdiri daripada 42 individu dari sekolah pelajar terlibat, empat ahli keluarga, lima rakan dan tiga anggota kesihatan.

Pelajar berkenaan bagaimanapun dikesan menghidap demam denggi.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.