Siakap Keli
Foto: AfarizaHanim

“Mama Dengar Macam Sesak Nafas..” Anak Kongsi Detik-Detik Terakhir Ayahnya ‘Pergi’ Selepas Majlis Pertunangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang akan diuji dengan kehilangan orang tersayang, tambah-tambah lagi bila insan tersebut hilang terus dari dunia ini. Ya, sangat pahit untuk ditelan tetapi sudah masanya untuk kita redha apabila sampai masa Tuhan mengambil mereka dari kia.

Sebenarnya kenangan dengan mereka itu yang menjadi kekuatan sehingga hari ini. Ingatan dan memori indah itu mampu mengubat rindu kita kepada mereka.

Seperti perkongsian daripada seorang gadis ini di laman Twitternya, Afariza Hanim yang turut bersedih apabila ayahnya ‘pergi’ selepas hari bahagianya. Paling memberi kesan pada gadis ini adalah, foto yang diambil semasa hari pertunangannya itu menjadi memori terakhir bersama ayah tercinta.

Siapa sangka ini menjadi gambar terakhir saya dengan Arwah abah. Dari Dia kita datang, dari Dia kita kembali. Mohon sentiasa doakan dia. Semoga tenang disana Abah.

Baru selesai majlis perkahwinan kakak dan majlis pertunangan saya…

Kejadian berlaku sangat cepat. Dalam pukul 2 pagi , arwah abah cakap dekat mama yang dia dahaga. Jadi, abah turun bawah untuk minum air. Dia bawa naik blik satu jug air. Lepastu dia tidur.

Tiba-tiba, mama saya dengar bunyi macam sesak nafas dari arwah abah. Mama terus buka lampu dan tengok katil dah basah dengan air.

Dalam pukul 2.30, mama terus kejutkan kami adik beradik untuk check apa yang jadi dengan abah. Kemudian, abang ipar call 999. Sementara tunggu ambulance datang, kami buat CPR dulu. Ambulance datang pukul 3 dan dihantar ke hospital berdekatan.

Doktor cuba lagi CPR dan intubate sampai pukul 4.15 pagi. Pukul 4.15 pagi tu doktor bagitahu abah dah kembali ke rahmatullah. Kami uruskan jenazah abah di surau yang berdekatan dengan rumah. Dikebumikan pada pukul 11 pagi di tanah perkuburan yang dekat dengan rumah juga.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang