Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Bagi 4 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.20 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Perak, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Perak: (Hulu Perak)

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun)

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Miri (Subis dan Miri)

Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota belud), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa