Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

Senarai Klinik Buat Ujian Saringan COVID-19 Kluster Tawar Di Daerah Baling, Kuala Muda & Kulim Untuk Esok & Lusa

Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini mengesahkan terdapat satu (1) kluster baharu dikesan bertumpu di mukim Tawar, Kedah.

Kluster yang berpunca daripada kes ke 9,113, iaitu warganegara tempatan yang disyaki menghadiri upacara keagamaan mengingati kematian ahli keluarga itu mencatat sembilan (9) kes positif.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah menyenaraikan senarai klinik kesihatan yang membuat penyaringan pensampelan COVID-19 bagi Kluster Tawar di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim.

Seperti yang dinyatakan, ia dikhususkan untuk esok dan lusa. Waktu operasi adalah seperti yang tertera di bawah ini.

Bagi daerah Baling, saringan boleh dibuat di Klinik Kesihatan Tawar dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi waktu pejabat dan 8.30 pagi hingga 12 tengah hari (hujung minggu).

Selain itu, bagi daerah Kuala Muda, saringan boleh dibuat di Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi waktu pejabat dan 8.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi hujung minggu.

Manakala untuk daerah Kuala Muda pula, saringan boleh dibuat di Klinik Kesihatan Taman Selasih dari pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi waktu pejabat dan 8.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi hujung minggu.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.