Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Kluster Baharu Dikesan Di Mukim Tawar, Kedah Dengan 9 Kes Positif Hari Ini

PUTRAJAYA, 13 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu (1) kluster baharu dikesan bertumpu di Mukim Tawar, Kedah.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama bagi kluster tersebut merupakan kes ke 9,113, iaitu seorangpeniaga lelaki warganegara Malaysia.

“Beliau mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos.

“Upacara tersebut dianggarkan dihadiri seramai 30 orang,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Tambah Hisham, pada 8 Ogos berikutnya, kes mengalami sakit dada dan gejala demam sebelum segera mendapatkan rawatan di pusat perubatan.

“Saringan COVID-19 dijalankan pada 9 Ogos dan dikesan positif pada 11 Ogos 2020. Pengesanan secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

“Sehingga 13 Ogos (hari ini), 86 kontak rapat beliau telah disaring termasuk ahli keluarga kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak.

“Daripada jumlah ini, sembilan (9) kes dikesan positif, 21 kes negatif dan 56 kes lagi masih menunggu keputusan,” tambah Hisham lagi.

Mengulas lanjut, semua kes baharu kluster tersebut adalah daripada ahli keluarga kes, di mana tiga (3) kes didapati bergejala dan sembilan (9) kes positif termasuk ahli keluarga mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan kematian tersebut.

“Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan, langkah-langkah pencegahan seperti nyah kuman dan nyah cemar sedang dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.

“(Bagaimanapun), punca jangkitan masih dalam siasatan,” jelasnya lagi.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1293840358023901184?s=20

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.