Siakap Keli
Gambar: Instagram

(Video) Hampir Cecah 60 Ribu Pengikut Di Instagram, Kucing ‘Berkaki Pendek’ Ini Buat Ramai Geram

Seekor kucing comel dengan kaki berukuran sepanjang 4 inci bernama Manchester daripada Russia dilaporkan telah menjadi pujaan di laman sosial Instagram selepas berjaya mengumpul lebih 50,000 ribu pengikut.

Manchester, yang berumur sekitar 2 tahun adalah merupakan campuran daripada baka Scottish straight dan Munchkin, yang terkenal dengan kaki pendek.

Menurut Daily Mail, kucing comel itu tinggal bersama tuannya yang bernama Alexander Ushakov di Moscow, Russia.

“Manchester dilahirkan pada 15 September 2018. Saya telah membelinya ketika dia berusia 4 bulan,” terang Alexander.

“Saya memutuskan untuk memanggilnya Manchester kerana saya adalah seorang peminat kelab bola sepak Manchester United sejak dari tahun 1988 lagi.

“Saya memutuskan untuk membuat akaun Instagram untuknya kerana saya rasakan bahawa dia cukup comel untuk menggembirakan orang lain. Tak disangka, ramai juga peminatnya!”

Kini, Manchester sudah menjadi Instafamous ekoran jumlah pengikutnya hampir mencecah 60 ribu. Kebanyakan gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya juga sentiasa mendapat perhatian dengan ribuan tanda suka.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa