Ajaib, sebuah kereta menyaksikan ia melintasi di lima lorong lalu lintas yang bergerak dengan pantas setelah pemandunya terlupa menarik brek tangan namun tidak menyebabkan kemalangan.

Rakaman memperlihatkan sebuah kereta berwarna biru yang meletakkan kenderaan berdekatan dengan kenderaan-kenderaan yang lain di jalan masuk yang tegak melurus ke jalan uatama di Thailand pada 5 Ogos lalu.

Tidak lama kemudian, kereta tersebut perlahan-lahan mula bergerak berundur ke belakang melalui kenderaan yang diletak di lebuh raya dan mengelak dari berlanggar dengan penunggang motosikal yang lalu di situ.

Hampir sahaja melanggar sebuah trak kecil, kereta itu terus bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa pelanggaran.
Kereta itu meneruskan ‘perjalanan’ berbahaya itu dan berhenti kerana disekat oleh penghadang jalan.
Sumber: Daily Mail