Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Rakaman Mendebarkan Lori ‘Runtuh’ Dalam Sungai Sebelum ‘Ditelan’ Arus Kuat

Detik-detik mengerikan yang menyaksikan sebuah lori telah dihanyutkan oleh banjir besar.

Rakaman menunjukkan jalan di tepi tebing sungai tiba-tiba runtuh ketika kenderaan besar itu terjatuh dan dihanyutkan oleh banjir.

Kejadian yang berlaku di wilayah Sichuan, China Barat itu dilaporkan tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa.

Gambar Via Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, ia berlaku setelah hujan lebat yang melanda kota Ya’an di wilayah Sichuan sejak Isnin lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam kematian dan lima orang hilang.

Video yang dikeluarkan oleh polis tempatan itu menyaksikan detik menakutkan ketika jalan itu yang dipenuhi dengan beberapa kenderaan telah runtuh.

Gambar Via Daily Mail

Lori berwarna merah dilihat jatuh ke dalam air di bawah jalan itu sebelum ‘ditelan’ oleh air dan melayang jauh ‘seperti kapal kertas’.

Menurut seorang pegawai polis trafik kepada media China, tidak ada penumpang yang berada di dalam lori ketika kejadian.

Gambar Via Daily Mail

Jalan itu telah ditutup dan kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut.

Gambar Via Daily Mail

Lapor media China, runtuhan itu dipercayai disebabkan oleh hujan yang lebat di rantau terbabit.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa