Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video)“Kami Doa Yang Baik-Baik Sahaja,” Anak Lembu Dilaporkan Lahir Dengan Dua Kepala Bikin Penduduk Setempat Teruja

Penduduk sebuah kampung di Indonesia menghadapi kejadian jarang berlaku selepas seekor anak lembu yang dilahirkan mempunyai dua kepala.

Kebanyakan daripada penduduk kampung itu percaya bahawa anak lembu itu akan membawa tuah, telah dilahirkan di sebuah ladang di kampung Pondok Wuluh, Jawa Timur, pada malam Ahad lalu.

Menurut Daily Mail, anak lembu yang mempunyai 4 mata serta dua mulut yang berfungsi kesemuanya itu mengalami polycephaly.

Walaupun mempunyai rupa yang luar biasa, anak lembu itu dilaporkan sihat, dan mampu untuk meminum susu yang disuap melalui mulut mereka.

Bahkan, lembu itu dapat dilihat mampu berdiri dengan bantuan petani.

Hariyanto Yanto, anak saudara kepada pemilik lembu tersebut, menyatakan bahawa mereka telah memberikan vitamin kepada lembu itu untuk meningkatkan kesihatannya.

Katanya: “Kami semua takut yang dia tidak akan dapat hidup lama kerana keadaannya, jadi disebabkan itulah kami memberikannya susu dan vitamin tambahan.

“Tidak sesiapa pun yang tahu berkenaan mengapa dia dilahirkan sebegitu, namun kami doa yang baik-baik sahaja untuknya.”

Anak lembu itu masih belum boleh berjalan lagi, namun pegawai daripada Jabatan Penternakan Tempatan memaklumkan kepada mereka supaya tidak perlu risau kerana kebiasaan anak lembu yang lahir memerlukan tiga hingga empat hari sebelum ianya boleh berdiri dengan sendirinya.

Ketua Pejabat Perkhidmatan Ternakan dan Kesihatan wilayah Yahyadi mengatakan bahawa mereka kerap melawati anak lembu itu untuk memeriksa keadaannya.

“Kami diberitahu bahawa ketika ia masih di dalam rahim, kedua ibu dan anaknya itu telah diberikan vitamin.

“Anak lembu itu unik kerana mempunyai dua kepala yang sangat rapat dengan satu sama lain. Kami tidak tahu berapa lama lagi anak lembu ini boleh hidup,” ujar Yahyadi.

Bagi memastikan kesihatannya terjaga, Yahyadi menyatakan bahawa mereka akan menghantar doktor haiwan bagi membantu menjaga anak lembu berkenaan sambil melakukan kajian ke atasnya.

“Kami akan memantau kesihatannya untuk tujuan kajian. Kami telah menghantar pegawai serta doktor haiwan untuk membantu menjaganya,” tambahnya.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa