Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

42 Blok Rumah Kongsi Pekerja Asing Di Sendayan Musnah Dalam Kebakaran

SEREMBAN, 13 Ogos  — Sebanyak 42 blok rumah pekerja merangkumi 840 pintu yang didiami pekerja asing di Jalan Labu LBJ, Taman Gadong Jaya, Sendayan, dekat sini musnah dalam kebakaran, kira-kira 4 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar yang mengetuai operasi berkata bagaimanapun, kesemua 1,140 penghuni terselamat, kerana berada di tempat kerja masing-masing ketika kejadian.

Beliau berkata empat jentera bomba, tiga dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban2, sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dengan kekuatan 30 anggota dan pegawai, dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 4.20 petang

“Api berjaya dikawal sejam kemudian. Keseluruhannya terdapat 49 blok di kawasan seluas anggaran 2.43 hektar, namun tujuh blok yang merangkumi 140 pintu berjaya diselamatkan. Kerja-kerja baik pulih sepenuhnya rumah kongsi berkenaan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.