Siakap Keli

Dah 2 Bulan Suami Letak Situ, Isteri Tak Sangka Buka “Air Fryer” Ada Rantai Emas Kejutan Dari Suami

Kejutan dari suami pasti akan jadi kenangan yang indah dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Tidak kiralah, sama ada hadiah kejutan itu murah atau mahal jika ianya datang dari orang yang kita sayang, sudah pasti akan menjadi lebih bermakna.

Seperti yang dilalui oleh Puan Aien Suraya yang berkongsi kisah menerima kejutan dari suaminya di laman Facebook miliknya. Beliau mengatakan sudah tiga bulan tidak menggunakan air fryer tersebut dan tidak menyangkan sudah dua bulan juga suaminya meletakkan seutas rantai emas untuk dihadiahkan kepada isterinya.

Suaminya tidak mahu memberitahu Aien walaupun sudah 2 bulan masa berlalu dan tetap menunggu sehingga isterinya membuka Air Fryer tersebut. Isteri mana yang tak bahagia. Tapi bukan harga hadiah yang jadi timbangan tapi dari siapa hadiah itu datang adalah lebih penting.

Semoga Puan Aien dan suami kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber: Aien Suraya

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)