Siakap Keli
Gambar Via Mirror

Dah Rakam 7 Klip Dalam Tempoh 24 Jam, Wanita Ketakutan, Dakwa Temui ‘Spy Camera’ Dalam Bilik Air

Seorang wanita ketakutan selepas menemui kamera pengintip yang didakwa dipasang oleh suami kepada kawan baiknya sendiri dengan tujuan untuk merakamnya di dalam bilik air, lapor Mirror.

Mangsa yang berumur awal 20-an mendakwa bahawa dia melihat alat hitam kecil jatuh ke lantai ketika dia sedang mandi.

Gambar Via Mirror

Menurut Mirror, suspek dikatakan telah ditangkap dan mengaku bahawa dia memasang kamera dengan alasan dia mencari sedikit ‘kegembiraan’.

Mangsa dan kawan baiknya pernah tinggal bersama  untuk beberapa tahun di dalam hostel yang dimiliki oleh syarikat di mana mereka bekerja yang terletak di Hangzhou, di wilayah timur China, Zhejiang.

Gambar Via Mirror

Pun begitu, mangsa telah berpindah keluar setelah kawan baiknya berkahwin dengan suspek. Kamera tersebut dipercayai telah dipasang ketika kedua-dua wanita itu keluar makan bersama.

Mangsa dikatakan tidak mengunci biliknya kerana dia sudah biasa dengan semua orang yang tinggal di kompleks itu.

Setelah dia menemui alat itu pada 23 Julai, dia membawanya ke rumah kawan baiknya.

Suspek dipercayai  telah berpura-pura terkejut dan memberitahu bahawa itu adalah kamera pengintip, dia juga mengatakan itu sebagai keterlaluan.

Namun, mangsa telah menghubungi polis dan hasil pemeriksaan CCTV dikatakan menunjukkan suspek berada di dalam kompleks itu pada 22 Julai lalu.

Menurut pihak polis, dalam tempoh 24 jam, kamera tersebut telah merakam 7 klip dipercayai di dalam bilik air tersebut.

Suspek telah ditahan dan mengaku mengenai perbuatannya itu. Walau bagaimanapun, suspek masih lagi dalam tahanan polis ketika siasatan masih dijalankan.

Sumber:Mirror Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa