Dipercayai cuba menyembunyikan punca kematian si anak, seorang ayah tergesa-gesa mempercepatkan proses pengebumian anaknya walau mendapat halangan dari pihak hospital.
Lelaki berkenaan pada mulanya membawa anaknya yang tidak sedarkan diri ke sebuah hospital di selatan tanah air. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dikatakan jatuh pengsan setelah terkena serangan asma.
Setibanya di hospital, doktor yang memberi rawatan kecemasan mengesahkan kanak-kanak malang itu telahpun meninggal dunia.
Curiga dengan tanda-tanda luka pada tubuh mangsa, doktor kemudiannya meminta agar si anak menjalani bedah siasat. Pun begitu, si ayah menggesa agar jasad anaknya terus disemadikan segera. Malah, jasad si anak dikatakan telah dibawa keluar dari hospital tanpa pengetahuan doktor.
Tindakan si ayah menimbulkan curiga banyak pihak termasuklah jemaah yang menguruskan jenazah dan pihak polis.
Tiba masa untuk mengebumikan jasad si anak, mereka kemudiannya didatangi pihak polis yang menghalang pengebumian diteruskan. Penyiasatan demi penyiasatan berlangsung sehinggalah akhirnya punca sebenar kematian kanak-kanak berkenaan dikenalpasti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai episod mencurigakan kes ini, teruskan membaca perkongsian pensyarah Undang-undang, Sir Kamarul di bawah.
Dulu pernah ada kes budak 3 tahun jatuh pengsan ketika bermain basikal. Ayah kandungnya kata budak tu terkena asma.
Ayah mahu arwah anaknya cepat-cepat ditanam.
Ketika imam mandikan budak tu, ada sesuatu yang kelihatan. Polis cepat-cepat dipanggil.
Nak tau apa jadi?
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
“Tolong! Anak saya pengsan!”
Suasana di sebuah hospital di selatan tanah air bertukar kecoh apabila seorang ayah berlari sambil menjerit “tolong, tolong! Anak saya pengsan!” Budak lelaki berusia dalam lingkungan 3 tahun itu kemudian terus dibawa ke bilik rawatan.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Doktor terus memberikan rawatan kecemasan. Semasa dirawat, doktor memaklumkan budak tu sudah tidak bergerak dan kulitnya bertukar warna kelabu. Menandakan budak tu sudah meninggal dunia.
Kemudian, seorang wanita datang bertanyakan doktor tersebut, “apa yang berlaku?”
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Doktor kemudian bagitahu perempuan itu yang dikatakan kawan kepada ayah budak lelaki itu, budak tu dahpun meninggal dunia. Doktor terus tanya “apa yang telah berlaku pada budak tu?”
Sebab ada kesan luka pada badan budak tu. Doktor kehairanan.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Perempuan itu pun menjawab “saya tak tahu, budak tu ayah dia yang jaga”.
Doktor inginkan kepastian sebab budak tu dah meninggal semasa didukung ayahnya. Doktor terus bergegas jumpa dengan ayah budak tu dan bertanya apa yang dah jadi dengan budak ini.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Ayahnya bagitahu anaknya mengalami asma dan dia susah nak bernafas ketika dibawa ke hospital.
“Luka pada badan tu adalah kerana dia jatuh basikal”
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Jenazah hilang
Doktor terus hubungi Unit Forensik untuk lakukan bedah siasat pada budak itu (mangsa). Ketika budak tu dibawa ke hospital, waktu sudah hampir menjelang senja.
Pagi esokkan harinya, mayat budak tu tiada di hospital. terkejut doktor. Apa dah jadi?
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Pegawai perubatan memaklumkan mangsa dibawa keluar dari hospital atas arahan polis. Ini kerana ayah kandungnya mahukan anaknya itu cepat-cepat ditanam.
Doktor pula bertegas mangsa perlu dibedah siasat terlebih dahulu. Doktor terus hubungi polis untuk dapatkan kepastian.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Urusan pemandian mangsa kemudian diuruskan ayahnya itu. Ketika jemaah masjid datang ke rumah mangsa, yang kelihatan hanyalah ayah mangsa dan kawan perempuan ayah mangsa yang berada di hospital itu. Tiada sesiapa saudara mara yang lain.
Jemaah masjid agak hairan.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Mayat mangsa dibaringkan di ruang tamu rumah. Jemaah masjid pun tanya, mana saudara mara yang lain?”.
Ayah mangsa pun jawab, “semua busy dan tidak akan datang”.
Emak kandung mangsa dimaklumkan kejadian itu. Dia sudahpun bercerai dengan suaminya.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Banyak kesan luka pada badan mangsa
Urusan jagaan mangsa masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah syariah. Ketika itu, mangsa tinggal bersama ayah kandungnya dan dihantar kepada pengasuh untuk dijaga.
Ketika mangsa dimandikan, imam masjid terkejut kerana ada banyak kesan luka pada badan mangsa.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Iman nampak pada badan mangsa, ada luka di bahagian muka, dada, lengan dan belakang badan. Tiada soalan ditanya imam kepada ayah kandung mangsa. Mungkin untuk menghormatinya sebagai ayah kandung mangsa.
Selepas selesai dimandikan, mangsa kemudian dibawa ke kubur untuk ditanam.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Polis datang, arahkan mayat tidak ditanam dahulu
Ketika inilah, polis datang. Kerana ada maklumat yang meragukan diberikan ayah mangsa mengenai kematian mangsa, polis arahkan mayat tersebut tidak perlu ditanam terlebih dahulu.
Perlu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Ada benda yang berlaku di sebalik kematian mangsa?
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Esokkan harinya, bedah siasat dilakukan doktor pakar forensik. Post mortem menunjukkan hasil yang menegejutkan. Ada lebih 50 kesan kecederaan pada keseluruhan badan mangsa.
Mangsa bukan meninggal dunia kerana asma!
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala menyebabkan keretakan tengkorak, pendarahan dan bengkak otak yang menyebabkan kematian.
Kecederaan pada kepala disebabkan objek tumpul yang boleh membawa maut.
Doktor pakar mengesahkan “the deceased sustained injuries over the head resulting in skull fracture, subdural haermorrhage and extensive brain swelling which eventually led to death”.
‘The head injury due to blunt force trauma was fatal in nature’.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Ayah kandung dan rakan perempuan ditahan polis
Ayah kandung mangsa bersama-sama kawan perempuannya yang berjumpa dengan doktor ketika di hospital tempoh hari ditangkap polis. Mereka berdua didakwa atas kesalahan membunuh mangsa di bawah s 302 Kanun Keseksaan.
Doktor pakar forensik nafikan budak tu mati kerana asma.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Jadi kes perlu dibawa ke mahakamah untuk pastikan sama ada mangsa betul-betul dibunuh oleh ayah kandungnya sendiri.
Dan adakah kawan perempuan ayah mangsa juga terlibat sama dalam membunuh mangsa.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Ketika kes dibicara, kedua-dua suspek itu menafikan mereka membunuh mangsa. Kawan perempuan ayah kandung mangsa itu sebenarnya kekasihnya. Pada mulanya dia menafikan ada hubungan istimewa.
Tetapi, perempuan itu nafikan dia terlibat membunuh mangsa. Sebab dia tiada bersama
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
mangsa ketika hari kejadian. Adakah benar?
Emak kandung mangsa bagitahu mangsa dijaga oleh kedua-dua suspek itu. Jadi, keterangan perempuan itu yang mengatakan dia tidak tinggal bersama mangsa adalah bohong.
Perempuan itu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Kesan gigitan pada lengan mangsa
Ketika ditanya oleh doktor semasa berada di hospital, perempuan itu terus memberikan jawapan "saya tidak tahu, kena tanya ayah kandung mangsa".
Kenyataan ini sebenarnya menjurus pada kesimpulan bahawa dia hanya cuba menyalahkan ayah mangsa. Dia tahu ayah mangsa yang membunuh.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Yang mengejutkan ialah pakar forensik dapat mengesahkan satu kesan gigitan pada lengan mangsa dikatakan ‘matching’ dengan gigitan perempuan itu.
Ini bermaksud ada sesuatu yang terjadi pada mangsa yang dilakukan perempuan itu.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Ayah kandung mangsa juga tidak terlepas dari dikaitkan dengan perbuatan membunuh. Ketika didukung di hospital, anaknya itu sudah meninggal dunia dan bukannya pengsan.
Tindakan ayah mangsa yang inginkan mayat anaknya ditanam secepat mungkin adalah bukti yang kuat untuk kaitkan
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
mangsa sebenarnya dibunuh, bukan kerana sebab yang lain. Sekiranya ayah mangsa tidak berasa takut semasa doktor ingin lakukan bedah siasat, ayahnya mungkin tidak akan dikaitkan dengan tuduhan membunuh.
Bukti keadaan menjurus pada kesimpulan bahawa
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
ayah mangsa terlibat dalam membunuh mangsa.
Walaupun cara mangsa dibunuh oleh suspek tidak diketahui secara terperinci, itu tidak bermaksud suspek boleh terlepas.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Kedua-dua suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati
Mahkamah merujuk pada kes bunuh yang berlaku di Pulau Dua di Singapura pada 1965 di mana mayat mangsa tidak dijumpai sehingga sekarang dipercayai dibunuh oleh kekasihnya dengan menenggelamkan mangsa di dasar lautan.
Suspek dalam kes itu disabitkan bersalah oleh mahkamah.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Mahkamah memutuskan “i accordingly find that both accused had failed to raise areasonable doubt in prosecution case for murder”. “I accordingly convict both of them and sentence them to suffer death by hanging”.
Suspek iaitu ayah mangsa dan kekasihnya digantung sampai mati.
— Sir kamarul (@kamarul14) August 12, 2020
Apapun, doakanlah yang baik-baik untuk semua. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita.
Sumber: Sir Kamarul