Siakap Keli
Gambar: GPM

Kontena Berselerak & Bangunan Hampir Hancur, Foto-Foto Kemusnahan Letupan Beirut Dirakam Sukarelawan Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan baru-baru ini agak menggemparkan hati nurani kita semua sebagai umat Islam.

Masakan tidak, insiden yang mengorbankan kira-kira lebih 200 nyawa serta mencederakan 6,000 mangsa itu turut mengakibatkan lebih 300,000 individu hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Oleh itu, atas dasar kemanusiaan dan semangat manusiawi yang tinggi, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan dari Malaysia tampil bagi menjalankan misi bantuan untuk ‘memulihkan’ semula suasana di sana.

Dari Kuala Lumpur Ke Beirut: Lima NGO, Empat Hero

Misi bantuan Urgent Call For Lebanon #PeduliLubnan yang tercetus daripada hasil kerjasama lima NGO iaitu Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Malaysia For Syria  (MFS), Muslim Volunteer Malaysia (MVM), My Fund Action dan Kita Fund itu berlangsung selama dua minggu, bermula 13 hingga 26 Ogos ini.

Justeru, empat orang wakil misi bantuan bagi Team Aktivis Kemanusiaan #PeduliLubnan yang mewakili GPM dan MFS telah selamat tiba di Beirut, hari ini.

Meskipun hanya berempat, namun tenaga dan kudrat mereka selama dua minggu di bumi yang berantakan ini amat ditagih sepenuhnya dalam menyampaikan bantuan berbentuk kit kebersihan (hygiene kit), pek kotak makanan dan kerja-kerja baik pulih rumah mangsa di sana.

Difahamkan, selepas seminggu insiden letupan itu berlaku, merekalah satu-satunya wakil NGO dari Malaysia yang pertama sampai di sana buat masa ini.

Berikut adalah kompilasi foto-foto suasana kemusnahan yang dirakam petugas sukarelawan media, Aizuddin di sana.

 

Aizuddin, sukarelawan media yang bertanggungjawab merakam setiap detik perjalanan misi bantuan yang dijalankan. | Gambar: GPM

Sumbangan anda diperlukan.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh melalui link atas talian:

https://bit.ly/PeduliLubnan
https://bit.ly/PeduliLubnan
https://bit.ly/PeduliLubnan

Atau deposit sumbangan anda ke akaun,

GLOBAL PEACE MISSION

Maybank: 5642-2161-1602
Bank Islam: 14-023-01-002-922-4
Affin Bank: 1051-9000-2871
CIMB Islamic: 8603-5325-13

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian yang tertera di bawah:

GPM HQ: 03 – 4144 3441
Whatsapp : www.wasap.my/60192411987/PeduliLubnan

Salam sayang dari kami.

Tim Global Peace Mission Malaysia

“Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan”

#GlobalPeaceMission
#SumbanganLubnan
#prayforLubnan
#pedulilubnan @ Beirut, Lebanon

Sumber: Mohamad Aizuddin, Global Peace Mission Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.