Siakap Keli
Gambar: Bernama

Letusan Gunung Berapi Sinabung Di Indonesia Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Malaysia – MET Malaysia

Letusan Gunung Berapi Sinabung yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia pada Isnin lalu (10 Ogos 2020) tidak lagi menjejaskan kualiti udara di Malaysia.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, walaupun pada sebelum ini letusan gunung berapi tersebut dikatakan menjejaskan operasi penerbangan, namun ianya dilaporkan tidak lagi menjejaskan kualiti udara.

“Berita mengenai kesan debu Gunung Berapi Sinabung ke atas kualiti udara di Malaysia sehingga hujung minggu ini adalah tidak benar,” tulis kenyataan tersebut.

Sehubungan dengan itu, MET Malaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkenaan isu ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial,” tegas jabtan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam pada itu juga, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran bahawa gunung berapi berkenaan masih lagi aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

SIARAN MEDIA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA: LETUSAN GUNUNG BERAPI SINABUNG DI INDONESIA TIDAK JEJASKAN KUALITI UDARA MALAYSIA#metmalaysia#kementerianalamsekitardanair

Posted by Malaysian Meteorological Department on Friday, August 14, 2020

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.