Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: 20 Kes Baru COVID-19, Termasuk 11 Kes Dari Kluster Tawar Di Kedah

Putrajaya, 14 Ogos – Sebanyak 20 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini melibatkan 19 kes warganegara dan satu bukan warga negara. Angka ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 9,149 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 196 orang.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 4 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak tujuh pesakit COVID-19 disahkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatif discaj sebanyak 8828 bersamaan 96.5 peratus.

Tiada kematian baru dicatatkan hari ini.

Kluster Tawar

Kemaskini kluster Tawar, seramai 261 individu telah disaring di Kedah dan Pulau Pinang setakat jam 12 tengah hari tadi.

“Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (156 disaring):

  • 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 77 individu negatif; dan
  • 59 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (105 disaring):

    • 1 kes dikesan positif COVID-19;
    • 75 individu negatif; dan
    • 29 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.