Siakap Keli
kluster baru covid-19
Kredit: Bernama

TERKINI COVID-19: Satu Lagi Kluster Baru Dikesan Di Kedah Dengan Dua Kes Libatkan Anggota Polis

Putrajaya, 14 Ogos – Satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan di Kedah hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kluster dikenali sebagai Kluster Muda ini merupakan antara 20 kes baru hari ini.

“Kluster Muda di daerah Kuala Muda. Kes pertama (kes ke-9,114) adalah seorang anggota polis. Kes kedua (kes ke-9,147) hari ini adalah rakan kerja kepada kes pertama.

“Setakat hari ini, 124 kontak rapat disaring- 5 negatif, 117 masih menunggu keputusan. Pengesanan kes aktif dan langkah pencegahan diteruskan,” tulis KKM.

Punca jangkitan kluster berkenaan masih di dalam siasatan.

Sementara itu, seramai 11 individu disahkan positif COVID-19 setakat ini melibatkan Kluster Tawar di Baling hasil saringan ke atas 86 individu yang menjadi kontak rapat kes pertama kluster berkenaan.

Berdasarkan data KKM, Kedah mencatatkan 12 kes baru hari ini, menjadikannya negeri dengan jumlah kes baru tertinggi sehingga 12 jam tengah hari tadi.

Negeri lain yang mencatat pertambahan ialah Pulau Pinang, 1 kes, Selangor (2), Kuala Lumpur (4) dan Sarawak (1).

Maklumat lanjut mengenai kluster baru bakal menyusul.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.